
- Berita Dunia
- Meja Berita
- Source: Utusan Malaysia
PETALING JAYA: BYD Malaysia melantik Inokom Corporation Sdn. Bhd. (Inokom), anak syarikat Sime Motors yang berpangkalan di Kulim, Kedah, sebagai rakan pemasangan tempatan bagi kenderaannya di negara ini. Langkah berkenaan merupakan fasa penting dalam perancangan syarikat untuk memulakan pemasangan kenderaan menggunakan komponen dibekalkan secara berasingan (CKD) di Malaysia. Pengarah Urusan BYD Malaysia, Jacob Ma berkata, keputusan memilih Inokom dibuat selepas penilaian menyeluruh terhadap pasaran tempatan serta keupayaan pengeluaran sedia ada. “Pemasangan tempatan merupakan sebahagian penting daripada komitmen jangka panjang BYD terhadap Malaysia. “Kerjasama dengan Sime membolehkan kami membawa kepakaran kenderaan tenaga baharu (NEV) dan teknologi bateri lebih dekat kepada pengguna tempatan,” katanya dalam kenyataan. Tambahnya, BYD Malaysia bersedia memperkukuh kehadiran domestik serta meneroka peluang meningkatkan pelaburan menerusi kerjasama rakan industri tempatan. Majlis menandatangani MoU berkenaan disempurnakan oleh Naib Presiden BYD merangkap Pengurus Besar Bahagian Jualan Automotif BYD Asia Pasifik, Liu Xueliang bersama Jeffri Salim di ibu pejabat global BYD di Shenzhen, China, baru-baru ini. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, pemilihan tersebut mencerminkan kekuatan serta kepakaran industri pembuatan automotif Malaysia yang dibina selama ini. “Selain pemasangan kenderaan, kerjasama ini membuka peluang untuk memperkukuh ekosistem automotif Malaysia, menyokong perniagaan tempatan dan membangunkan kepakaran yang menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang industri,” katanya. – UTUSAN The post BYD Malaysia lantik Inokom rakan pemasangan tempatan appeared first on Utusan Malaysia.
— Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan InCoSSAA 2023 dari 4 hingga 6 Oktober 2023, melibatkan 300 peserta bersemuka dan kira-kira 10,000 peserta dalam tal
— Malaysia International Young Inventors Olympiad (MIYIO) 2023 berlangsung di Kelantan dari 6 hingga 8 Oktober 2023, menghimpunkan murid dari Malaysia, Thailand,
— Malaysia menyertai pencalonan multinasional bersama Brunei Darussalam, Indonesia dan Singapura untuk mendaftarkan Zapin dalam Senarai Representatif Warisan Buda